One in seven people will go to sleep hungry tonight. What can you do to change this?. On 12 of july 2012, my family, me and organizations membership ( BASUKA & YIK) went to cambodia has stepped up humanitarian assistance to the growing number of refuges with foods, clothes, stationaries and other essential items. With the help we can deliver urgently emergency aid and care to suffering.
On saturday, 14/11/12, We were taken to kompong Cham where Cham people living in cambodia. The Kompong Cham was located north of phonm penh. The Cham people are in important ethnic minority in cambodia. They are mainly rice farmers but also grow cotton, maize,tobacco, castor oil plants, peanuts, ferns, beans and vegetables. Some cham are involved in animal domestication, hunting anf fishing.
Most of the villagers were still using generators to supply electric at night. During the day, they are not supplied with electric. In order to start the generator, they are needed petrol oil. Therefore, it is hard to them to perform solat tarawih during month of ramadhan . We have decided to give a little contribution to the need to buy petrol in Ramadan. Hopefully, they are able to perform tarawih at the mosque.
After visiting Kampung Cham, my family and I directly heading to phonm penh airport to
return our motherland Malaysia. meanwhile, another group back to the hotel and will go back to Malaysia the next day. **********************************************************************************
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tawaran untuk menziarahi muslim di kemboja membuka lebaran perjalanan untuk dikongsi bersama rakyat malaysia khususnye kepada pembaca nukilan ini. ADAKALA kita tidak pernah menyangka apa yang Allah aturkan dalam kehidupan di dunia. Begitulah yang terjadi pada saya, sebaik sahaja saya pulang dari kerja. Saya dimaklumkan oleh kedua ibu bapa saya akan hal menziarahi sahabat seislam di kemboja.
Hari yang dinanti tiba, sebaik menjejakkan kaki di bandar Phnom Penh, Kemboja, saya dan rombongan seramai 50 orang disambut mesra orang islam rakyat negara itu yang akan menunjuk arah sepanjang perjalanan di sana semasa dalam perjalanan ke Hotel. Kami menginap di sebuah hotel di tengah2 bandar Phnom Penh. Keadaan bangunannya tidak tersergam indah seperti di kuala lumpur. Hanya bangunan setinggi 5-6 tingkat sahaja dapat dilihat di sepanjang perjalanan di dalam bandar.Kebanyakannya penduduk si situ menggunakan motor sebagai kendaraan harian kerana kekangan ekonomi dan pendapatan telah mengehadkan mereka untuk membeli kereta.
Semasa dalam perjalanan kami ke Kampung Islam di kemboja, salah seorang pemandu kereta yang masih kuat ingatan mampu bercerita dengan jelas mengenai penyeksaan pemerintahan Pol Pot, terutama dalam menghapuskan orang Islam, khususnya yang berpendidikan tinggi, berpengetahuan luas dan berpotensi mengembangkan syiar Islam. Dia menceritakan keadaan kehidupan ayahnya yang berlaku semasa zaman peperangan saudara itu. Lebih 60% orang islam yang tidak berdosa di bunuh oleh pihak Pol Pot. Saya dapat bayangkan bagaimana masyarakat Kemboja tabah dan bangkit daripada kisah menyayat hati itu dengan terus berusaha menuntut ilmu walau madrasah mereka serba kekurangan.
Setiba saya di Kampung Chaw Kray Yat, mendekati masyarakat Islam Kemboja dan melihat cara hidup mereka dalam keadaan serba kekurangan.
Tuan rumah di kampung Islam yang menyambut kami sibuk menyediakan makanan untuk tetamu tetapi tidak membenarkan anak anak mereka makan apa yang dihidangkan, jadi anak-anak menunggu sehingga kami selesai makan untuk makan sisa-sisa yang tidak habis.Rupa-rupanya mereka hanya dapat merasa makanan sedap ketika ada tetamu. Bagai ingin menitik air mata melihat situasi itu dan seolah-olah tidak terjamah makanan kerana sedar, ada yang menunggu untuk merasa nikmatnya hidangan yang disajikan kepada tetamu.
Selepas melawat penduduk islam di perkampungan kemboja, Kami sempat membeli belah sedikit di Central Market terletak di Phnom Penh untuk membeli sourvenir untuk di hadiahkan kepada saudara di Malaysia dan untuk di diri sendiri sebagai sebuah kenangan. Namun, apabila di ingatkan lagi nostalgia kenangan bergambar bersama penduduk disana lebih berharga.
InsyAllah, jika di beri peluang, Saya ingin lagi berkunjung disana ingin melihat perubahan yang bakal berlaku di Kemboja.
0 comments:
Post a Comment